Open top menu

PETRONAS

Salah satu daripada pemacu utama PETRONAS Dagangan Tenaga adalah untuk perdagangan pelbagai komoditi di seluruh pasaran Eropah. Hasilnya, kini Petronas telah memulakan perniagaan yang bersandarkan aset strategi perdagangan yang berisiko rendah untuk menjana keuntungan yang lebih dan seterusnya dapat mengoptimumkan pelbagai kedudukan aset fizikal. Hasil daripada itu strategi ini Petronas kini memiliki  100% Energy Trading.

Fokus serta perkembangan PETRONAS masa kini adalah seperti berikut:-

  • LNG regasification
  • Natural Gas Storage
  • Transportation
  • Gas-to-Power tolling capacity
  • Physical Gas and Power
  • Emissions

Selain itu PETRONAS kini memberi tumpuan ke atas penghasilan semua jenis Carbon credits bagi Kumpulan PETRONAS.


Gambarajah Business Model


Gambarajah di atas menunjukkan business model bagi PETRONAS Tenaga Trading (PETL) dalam mengoptimumkan keuntungan dalam sektor tenaga masa kini. Ia juga menunjukkan di mana PETL telah mengambil alih kerja-kerja PETRONAS LNG.

BUSINESS MODEL  : STESYEN MINYAK PETRONAS TESCO AMPANG (MRR2)

STRATEGI ASAS

Misi
Stesyen Minyak Petronas menjalankan perniagaan petrol ron 95, ron 97 dan diesel serta kedai serbaneka (mesra).

Skop produk/pasaran

Perniagaan ini tertumpu kepada pengguna lebuhraya mahupun penduduk setempat yang pastinya akan mengisi minyak untuk perjalanan mereka samada jauh atau dekat.

Perbezaan asas

Perbezaan utama dengan stesyen minyak yang lain ialah lokasinya yang strategik.

SUMBER STRATEGIK

Aset Strategik
Lokasi kedai ini adalah strategik kerana ianya terletak di berhampiran tesco dan kawasan perumahan. Kedudukannya di tepi lebuhraya yang menuju ke arah selatan dan pantai timur juga menjadi faktor menarik pelanggan untuk berhenti. Di samping itu bersebelahan kedai serbaneka ada restoran makanan segera iaitu Burger King dan Dunkin Donut yang juga menjadi tarikan pelanggan untuk berhenti. Selain itu, stesyen minyak ini juga agak luas membolehkan banyak kenderaan untuk berhenti.

Selain faktor lokasi pekerja yang bekerja juga mesra dan melayan pelanggan dengan baik.


ANTARAMUKA PELANGGAN

Sasaran pelanggan
Sasaran pelanggan adalah penduduk setempat dan mereka yang menggunakan lebuhraya untuk perjalanan jauh

Pencapaian dan sokongan

Stesyen minyak petronas boleh didapati dengan banyak di sekitar Ampang. Stesyen minyak ini menjadi pilihan ramai di mana boleh di lihat ianya sentiasa dipenuhi oleh kenderaan. Sejak ianya dibuka ia mendapat sambutan yang baik.

0 comments