Pinjaman Perniagaan MARA
  
  MARA atau Majlis Amanah Rakyat adalah merupakan antara  agensi kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Antara bidang tugas  yang perlu dilaksanakan oleh MARA adalah berkaitan bidang keusahawanan dan  perniagaan seperti Program Pembangunan Usahawan, Pembangunan Industri dan  Perniagaan, Pembiayaan Perniagaan serta dipertanggungjawabkan untuk  mengusahakan pembangunan Premis Perniagaan. Selainbidang keusahawanan, MARA  juga turut berperanan dalam membantu menaikkan taraf pendidikan negara. Boleh  dikatakan setiap tahun MARA memperuntukkan sejumlah besar daripada kewangan  mereka untuk disalurkan dalam bentuk tajaan dan pinjaman kepada para pelajar  dalam pelbagai bidang. MARA juga turut dikenali dalam bidang pendidikan melalui  penubuhan Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM. Apa yang dapat dirumuskan secara  ringkas adalah MARA begitu gigih dalam menghasilkan lebih ramai  usahawan-usahawan di negara kita selain sentiasa berusaha untuk melahirkan  lebih ramai golongan bijak pandai di negara kita.
  
  MARA juga telah menetapkan misi korporatnyauntuk menerajui  bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk pengusahaan ekuiti  Bumiputera. Untuk itu, MARA turut meletakkan sasaran bagi melahirkan usahawan  yang berjaya dan inovatif, melahirkan modal insan global dan berintegriti,  menyumbang kepada pemilikanekuiti, serta memudahkan sistem penyampaian. Bagi  memastikan segala misi dan tujuan yang disasarkan tercapai, pihak MARA sedia  membantu sesiapa sahaja terutama bagi mereka-mereka yang berminat untuk  menjalankan apa jua jenis perniagaan tertakluk kepada syarat-syarat yang  ditetapkan. Bantuan yang diberikan oleh MARA adalah dalam bentuk pinjaman atau  pembiayaan.
  
  Skim Pembiayaan Perniagaan yang diperkenalkan oleh MARA  adalah meliputi mana-mana sektor perniagaan yang tidak bercanggah dengan  Syariat Islam. MARA akan membantu  perniagaan-perniagaan seperti Sektor Pembuatan, Perdagangan, Perkhidmatan dan  Pemborongan. Sektor Pembuatan adalah seperti perusahaan perkilangan yang  mengusahakan makanan dan minuman, plastik, elektrik dan komponennya, tekstil  pakaian dan kulit, hasil pertanian, serta telekomunikasi. Konsep Perdagangan  pula melibatkan urusan jual beli barangan seperti penjualan perabot,  peruncitan, pasar mini, stesen minyak dan mana-mana yang berkaitan dengan  aktiviti perdagangan. Kedai gunting rambut, restoran atau kedai-kedai makan,  guaman dan klinik pula antara contoh bagi sektor Perkhidmatan. Pemborongan yang  dimaksudkan oleh MARA pula adalah bagi kerja-kerja kontrak binaan, bekalan dan  perkhidmatan seperti membina bangunan, membuat jalan dan pendawaian elektrik.  Skop pembiyaan perniagaan yang ditekankan oleh MARA ini jelas tidak  bertentangan langsung dengan hukum-hukum Islam.
  
Skim-Skim Pembiayaan Yang Ditawarkan Oleh MARA
 
  Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP)
SPPP ditawarkan bagi membiayai mana-mana projek perdagangan, pekhidmatan,  pembuatan dan pengangkutan. Had pembiayaan atau pinjaman yang diberikan kepada  Syarikat Milik Tunggal/ Persendirian adalah sehingga RM250,000 manakala untuk  Syarikat Sendirian Berhad sehingga RM500,000. MARA akan menilai terlebih dahulu  tentang belanjawan kasar bagi sesuatu projek sebelum meluluskan sebarang  pinjaman.
  
Skim Pembiayaan Komersial
  Skim Pembiayaan Komersial adalah bagi tujuan pembelian premis perniagaan  yang bertaraf kekal dan siap dibina atau pembinaan premis perniagaan di atas  tanah milik sendiri. Had pinjaman yang diberikan MARA bagi Skim Pembiayaan  Komersial adalah sama seperti Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan.
  
  
  Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
  SPiKE pula ditawarkan kepada kerja-kerja kontrak pembinaan, bekalan,  perkhidmatan, dan kerja-kerja elektrik. Pinjaman yang diberikan adalah kepada  mana-mana kontraktor kelas F, D dan E. Kadarpinjaman yang boleh diluluskan MARA  adalah sehingga RM500,000.
  
  
  Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
  Merupakan antara skim yang memberikan kemudahan pinjaman kepada  usahawan-usahawan Bumiputera yang terpilih. Bagi memastikan SJUM dapat  dilaksanakan dengan baik, MARA telah bekerjasama dengan bank komersial yang  menawarkan kemudahan pembiayaan dan MARA berperanan sebagai penjamin. SJUM juga  menawarkan jumlah pinjaman tertinggi sehingga mencecah RM2 juta dan serendah  RM500,000.
Keempat-empat skim yang diperkenalkan mempunyai pengkhususan tersendiri dan  kesemuanya adalah bertujuan untuk membantu usahawan-usahawan yang berhasrat  untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada atau membuka perniagaan  baru.
Prosedur  Permohonan Pembiayaan Perniagaan
  Terdapat  beberapa prosedur yang digariskan oleh MARA untuk mana-mana syarikat yang  berminat untuk mendapatkan bantuan pinjaman yang ditawarkan. Bagi Skim  Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE) dan Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan  (SPPP), borang permohonan boleh didapati melalui mana-mana Pejabat MARA  Daerah/Negeri yang berhampiran. Sebanyak empat borang yang perlu didapatkan  iaitu :-
  
- Borang Permohonan Pembiayaan Perniagaan
 - Borang Maklumat Peribadi
 - Borang Jaminan/Cagaran
 - Senarai Semak Permohonan Pembiayaan
 
  Sejumlah bayaran  pemprosesan permohonan juga dikenakan mengikut kadar pinjaman yang dimohon. Bagi  Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM), permohonan boleh dilakukan dengan  menggunakan rancangan perniagaan kepada bank komersial yang berhampiran iaitu  Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA dan Bank Muamalat Malaysia Berhad.
  
  Para usahawan  boleh membuat permohonan di Pejabat MARA Daerah dan setelah diteliti oleh  Pejabat MARA Daerah, borang tersebut akan dihantar kepada Pejabat MARA  Negeri/Bahagian Pembiayaan Perniagaan dan sekiranya Pejabat MARA Daerah tidak  berpuas hati, borang-borang tersebut akan dikembalikan semula kepada pihak  pemohon. Pejabat MARA Negeri/Bahagian Pembiayaan Perniagaan bertindak sama ada  untuk meluluskan atau tidak permohonan yang telah dibuat. Pejabat MARA Negeri  mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sebarang keputusan bagi permohonan  yang melibatkan Skim SPiKE dan Skim SPPP yang melibatkan permohonan pembiayaan  sehingga RM250,000. Bahagian Pembiayaan Perniagaan pula berbidang kuasa untuk  sebarang permohonan Skim SPPP yang berjumlah RM250,001 sehingga RM500,000 dan  Skim SJUM. Sebarang keputusan akan dimaklumkan oleh MARA kepada pihak pemohon  dalam tempoh 14 hari bekerja.
  
  Selain itu, bagi  memudahkan para pelanggan, MARA turut menyediakan garis panduan berkaitan  bagaimana untuk menyediakan rancangan perniagaan. Tujuan rancangan perniagaan  perlu disediakan adalah untuk membolehkan usahawan melihat dan menilai projek  secara objektif, kritikal dan praktikal. Selain itu, rancangan perniagaan dapat  menjadi satu kayu ukur bagi pengurusan perniagaan dalam masa yang sama mengkaji  sama ada projek yang akan dilaksanakan berdaya maju atau sebaliknya. Rancangan  perniagaan juga berperanan untuk meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap  idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan. Dengan adanya  rancangan perniagaan, maka objektif dan peluang untuk melaksanakan perniagaan  tersebut adalah lebih cerah dan mudah.
  
  Dalam persoalan  cagaran atau jaminan pula, MARA telah mengenalpasti beberapa langkah dan  kaedah. Bagi Jaminan Orang Perseorangan iaitu bagi yang bermajikan, adalah  dibenarkan dengan mengambil mana-mana kakitangan sektor awam atau swasta  sebagai penjamin. Cara kedua pula adalah melalui cagaran tanah. MARA menerima  tanah sebagai cagaran bagi tanah yang bebas dari sekatan, milik sendiri, atau  milik ibu bapa dan saudara-saudara yang terdekat. MARA turut membenarkan  cagaran yang dibuat dengan menggabungkan penjamin dan juga tanah. Selain itu,  jaminan tambahan yang dibenarkan adalah seperti jaminan Ahli Lembaga Pengarah  untuk Syarikat Sendirian Berhad, Surat Ikatan Serahak bagi pembiayaan kontrak,  dan Perjanjian ‘Debenture’ bagi pembiayaan RM250,001 dan ke atas. Cagaran atau  jaminan yang dikenakan oleh MARA bertujuan untuk memastikan para usahawan lebih  bersungguh-sungguh dan gigih menjalankan perniagaan apabila telah mendapat  pembiayaan daripada MARA.
MARA turut  menyediakan perkhidmatan taklimat pembiayaan yang telah dijadualkan mengikut  tarikh-tarikh tertentu. Ini bagi memastikan, para usahawan berpeluang untuk  mengetahui lebih lanjut tentang skim-skim pinjaman yang ditawarkan. Taklimat  pembiayaan yang diadakan juga merupakan salah satu strategi bagi MARA  mempromosikan skim-skim yang ada kepada msyarakat secara umum. Sesiapa sahaja  yang berminat boleh menyertai sesi taklimat ini dengan menghubungi pihak MARA  untuk mendapatkan butir-butir berkaitan penganjuran taklimat tersebut.
    Syarat  Kelayakan Permohonan
  Namun begitu,  para usahawan juga perlulah meneliti terlebih dahulu berkaitan syarat-syarat  kelayakan untuk memohon skim-skim yang ditawarkan MARA. Sekiranya ada aman-mana  syarat-syarat ini yang tidak dapat dipenuhi oleh pihak pemohon, maka sudah  tentu sukar untuk mendapatkan sebarang pembiayaan. Syarat-syarat kelayakan  memohon skim-skim MARA adalah seperti berikut :-
  
- Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera
 - Berumur 18 tahun dan keatas
 - Pengalaman atau pengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
 - Menjalankan perniagaan sepenuh masa
 - Sumbangan modal pemohon 10% daripada kos projek
 - Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa
 - Dapat mengemukakan cagaran/jaminan yang mencukupi
 - Perlu mengikuti Kursus Keusahawanan jika pengalaman dalam bidang yang diceburi kurang daripada 6 bulan
 - Menjalani ujian Psikometri (kecuali Skim SPiKE)
 
Syarat-syarat  yang ditetapkan oleh MARA perlu dipenuhi dan dipatuhi bagi memudahkan segala  proses pembiayaan. Apa yang pasti, syarat-syarat ini adalah untuk memastikan  para usahawan yang ingin memohon benar-benar bersedia untuk melaksanakan  sebarang projek dan perniagaan apabila permohonan pembiayaan telah diluluskan.
    Keistimewaan  Pembiayaan Perniagaan MARA
  Terdapat  beberapa keistimewaan bagi pembiayaan perniagaan yang diperkenalkan oleh MARA.  Antaranya ialah konsep yang dibawa MARA berasaskan kepada kaedah-kaedah yang  diperkenalkan oleh Islam. Terdapat lima kaedah yang diguna pakai dalam  mengetengahkan konsep pembiayaan perniagaan MARA. Kaedah-kaedah tersebut adalah  seperti berikut :
    Al Bai –  Bithaman Ajil (Jualan dengan Harga Tangguh)
  Bagi konsep ini,  pembiayaan boleh digunakan bagi semua tujuan yang berkaitan dengan perniagaan  seperti membeli harta tetap, keperluan modal kerja, belanja mengurus dan  jaminan bank.
  Al-Murabahah  (Jualan dengan tambang untung)
  Digunakan untuk  membiayai pembelian bahan mentah, barang-barang separuh siap, barang-barang  siap dan kelengkapan alat ganti.
 
  Al-Ijarah (Pajakan atau Sewaan)
  Pelanggan yang  memerlukan peralatan loji, mesin, kenderaan atau aset mudah alih boleh menyewa  peralata tersebut daripada MARA. Apabila bayaran sewa diselesaikan, peralatan  tersebut dipindahmilik kepada pelanggan.
    Bai Al – Inah  (Menjual sesuatu barangan dengan harta tangguh kepada pembeli)
  Konsep  inikhususbagi kegunaan belanja mengurus sahaja seperti membayar gaji, sewa  premis, elektrik dan air.
    Musyarakah  Mutanaqisah
  Perkongsian di  bawah kontrak Musyarakah Islam di antara MARA dan pelanggan mengikut perjanjian  yang mana salah satu pihak berhak untuk menebus balik kesemua pegangan syer  pihak yang satu lagi dalam perkongsian mereka. Konsep ini digunakan dalam Skim  Pembiayaan Premis Komersial.
  
  Secara  ringkasnya, dapat dirumuskan bahawa MARA sangat prihatin dan aktif dalam usaha  melahirkan lebih ramai usahawan Melayu dan Bumiputera. Skim-skim yang  diperkenalkan MARA bertujuan untuk membantu para usahawan yang tidak mempunyai  modal yang secukupnya untuk mengembangkan perniagaan mereka. Oleh itu, kesemua  skim-skim yang ditawarkan MARA dilihat begitu berkesan dalam langkah mengangkat  kedudukan ekonomi negara ke satu tahap yang lebih baik. Usaha MARA perlu terus  disokong demi pembangunan negara ke arah lebih maju dan berkembang. Diharapkan  agar MARA terus berdiri teguh dan menjadi nadi dalam memartabatkan bidang  keusahawanan di negara ini.
  
Skim Pinjaman Yang Ditawarkan  Oleh Bank-Bank Tempatan 
  Institusi kewangan seperti  bank-bank tempatan di negara kita begitu pesat membangun ibarat cendawan tumbuh  selepas hujan. Jika disenaraikan bank-bank yang terdapat di Malaysia, sudah  tentu jumlahnya akan mencecah dua angka dan berkemungkinan boleh lebih daripada  itu. Kewujudan bank-bank ini mempunyai objektif yang tersendiri. Bukan hanya  menyediakan pelaburan-pelaburan, akan tetapi institusi perbankan ini juga turut  menyediakan skim-skim yang bertujuan untuk membantu masyarakat di Malaysia  tanpa mengira kaum. Bank-bank juga memainkan peranan penting dalam menjana  kedudukan ekonomi negara kearah yang lebih baik. Skim pinjaman merupakan salah  satu skim yang begitu popular dan boleh dikatakan menjadi satu perkhidmatan wajib bagi setiap perbankan. Skim pinjaman ini  berbeza dengan skim yang lain seperti skim pelaburan dan sebagainya. Di  Malaysia, terdapat beberapa skim pinjaman yang ditawarkan oleh pihak perbankan  ini. 
  
  Skim Pembiayaan AgroCash-i (Bai’  Al-Inah) Bank Agro 
  Agro bank merupakan antara bank  yang ada menawarkan skim pinjaman. Antara servis yang ditawarkan adalah  AgroCash-i atau Bai’ Al-Inah. Skim ini menyediakan kemudahan pembiayaan bagi  tujuan pembiayaan kepenggunaan terutama yang dengan aktiviti pertanian dan asas  tani. Selain itu, skim ini juga meletakkan syarat-syarat tertentu kepada  masyarakat umum yang berminat untuk mendapatkan khidmat servis ini. Antara  syarat yang diletakkan adalah pembiayaan atau pinjaman ini hanya boleh  dilakukan oleh kakitangan kerajaan atau mana-mana syarikat yang mempunyai  hubungan dengan kerajaan seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom, Syabas,  Sirim, Malaysia Airport Berhad, POS Malaysia Berhad dan Institut Jantung Negara  (IJN). Had pembiayaan atau pinjaman yang ditawarkan oleh Bank Agro melalui skim  ini juga mencecah sehingga RM100,000 dan meletakkan tempoh pembiayaan selama 20  tahun. Melalui skim ini, dapat dirumuskan bahawa pinjaman yang ditawarkan sudah  pasti dapat memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak iaitu pihak bank  dan juga bagi pihak peminjam. 
  
  Skim Pinjaman Peribadi Bank  Simpanan Nasional (BSN) 
  Contoh lain pula adalah seperti  Skim Pinjaman Peribadi (Personal Loans) yang ditawarkan oleh bank Simpanan  Nasional (BSN). Skim pinjaman peribadi ini mengenakan syarat khusus iaitu hanya  warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sahaja dan merupakan salah  seorang pemegang Sijil Simpanan Tetap BSN yang dibenarkan yang hanya layak  untuk memohon skim pinjaman ini. Akan tetapi skim pinjaman ini hanya menawarkan  pinjaman maksimum sebanyak RM5000.00 sahaja dan tempoh minimum pinjaman adalah  selama 2 tahun manakala tempoh maksimum pinjaman pula adalah selama 10 tahun.  Pinjaman seperti ini merupakan pinjaman secara kecil-kecilan dan sememangnya  sesuai untuk dilakukan melalui pinjaman peribadi. Langkah Bank Simpanan  Nasional menyediakan kemudahan pinjaman seperti ini ternyata dapat membantu  golongan masyarakat yang memerlukan bantuan kewangan.  Pembayaran semula juga boleh dilakukan dalam tempoh yang tertentu dan ini  memberi kelonggaran kepada peminjam untuk melunaskan pembayaran balik pinjaman  yang dilakukan. 
  
  Skim Pembiayaan Mekanisasi atau  Automasi Pertanian oleh Bank Pertanian Malaysia 
  Selain itu, kita juga boleh  melihat kepada skim pembiayaan atau pinjaman yang diasaskan oleh Bank Pertanian  dengan objektif untuk membantu masyarakat yang ingin memajukan atau menceburi  bidang pertanian. Hal ini selaras dengan hasrat mantan Perdana Menteri keempat  iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meyarankan agar pertanian menjadi suatu  perniagaan. Skim Pembiayaan Mekanisasi atau Automasi Pertanian merupakan antara  skim yang ditawarkan oleh bank ini. Skim ini bertujuan untuk menyediakan  kemudahan pinjaman bagi pembelian jentera, mesin dan alat automasi yang boleh  digunakan untuk meningkatkan produktiviti sector pertanian dan pendapatan  usahawan. Fakta lain yang perlu kita ketahui adalah bahawa dalam Rancangan  Malaysia Kelapan, sejumlah RM18 juta telah diperuntukkan bagi membiayai skim  ini. had pembiayaan juga menjangkau sehingga 70% sehingga 90% daripada  keseluruhan kos projek. Melalui skim ini juga, pinjaman yang dihadkan kepada  golongan individu atau perkongsian adalah dengan nilai minimum sebanyak RM2000  dan nilai maksimum pinjaman yang dibenarkan pula boleh mencapai sehingga  RM300,000. Bank Pertanian Malaysia juga turut melatakkan Pertubuhan Peladang  Kawasan (PPK), Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Pertubuhan Peladang Kebangsaan  (NAFAS), Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), Persatuan Nelayan Negeri (PNN),  Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) serta ahli PPK dan ahli PNK sebagai  kumpulan sasar bagi skim pinjaman pertanian ini. Untuk memudahkan lagi pihak  peminjam, pihak BPM menawarkan pembayaran balik pinjaman secara bulanan atau  dengan mana-mana cara yang lain yang dipersetujui oleh pihak bank. Jelas,  bentuk skim pinjaman yang ditawarkan seperti ini sudah pasti dapat membantu  sedikit sebanyak usaha-usaha mereka yang berminat untuk menceburi sektor  pertanian. 
  
  Skim Pinjaman Peribadi-i (Pakej)  oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 
  Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)  juga turut mempromosikan beberapa skim pinjaman kepada masyarakat umum yang  berkelayakkan. Antara skim yang ditawarkan adalah Skim Pembiayaan Peribadi-i  yang ditawarkan dalam bentuk Pakej dan Bukan Pakej. Dua kategori ini  diperkenalkan kepada umum bagi membolehkan masyarakat memilih skim pinjaman  mengikut citarasa dan kesesuaian masing-masing. Amaun minimum yang dihadkan  dalam pinjaman peribadi ini adalah sebanyak RM10000 dan RM200,000 bagi amaun  maksimum pinjaman yang dibenarkan oleh pihak Bank Islam Malaysia Berhad. Namun,  seperti skim-skim pinjaman peribadi yang diperkenalkan oleh bank-bank yang  lain, BIMB meletakkan syarat bagi pihak peminjam bahawa mereka mestilah  mempunyai pendapatan tetap sekurang-kurangnya RM1500 sebulan. Pemohon pinjaman  juga mestilah terdiri daripada pekerja-pekerja yang berkhidmat dalam sektor kerajaan, syarikat senarai awam yang terpilih,  anak-anak syarikat kerajaan, syarikat sendirian berhad yang terpilih yang  diketegorikan di bawah pakej syarikat yang disenaraikan oleh pihak Bank Islam.  Lebih menarik lagi apabila skim pinjaman peribadi ini turut mengandungi pelan  perlindungan Takaful. Pembayaran semula boleh dilakukan melalui potongan gaji  ataupun pindahan gaji ke bank Islam dengan melalui arahan Autodebit. Tempoh  pembayaran semula yang dikenakan adalah maksimum 15 tahun atau 180 bulan  ataupun sehingga umur persaraan dengan melihat yang mana lebih awal. Pinjaman  seperti ini mungkin begitu sesuai untuk kakitangan kerajaan. Sungguhpun begitu,  Pembiayaan Peribadi-I dengan pakej ini mengenakan faedah yang paling tinggi  adalah sebanyak 5.50% setahun bagi tempoh pembayaran 11 tahun sehingga ke 15  tahun. 
  
  Terdapat banyak lagi skim-skim  pinjaman dan pembiayaan yang ditawarkan oleh bank-bank di negara kita. Melihat  kepada skim-skim pinjaman ini, dapat disimpulkan bahawa masyarakat di Malaysia  dewasa ini mempunyai banyak pilihan serta panduan untuk memilih bantuan pinjaman  yang disediakan. Kadar atau faedah yang dicaj oleh pihak-pihak bank  kebiasaannya menjadi satu kayu ukur bagi pihak yang ingin membuat permohonan  pinjaman. Sudah pasti, skim pinjaman yang menawarkan kadar atau bayaran faedah  terendah yang menjadi pilihan. Selain itu, terdapat juga skim-skim pinjaman  yang tidak berbentuk peribadi seperti Skim Pembiayaan Mekanisasi atau Automasi  Pertanian yang lebih bertujuan untuk membantu usahan-usahawan pertanian  mengembangkan lagi perusahaan mereka. Pendek kata, objektif-objektif utama  skim-skim pinjaman ini adalah bagi membantu golongan-golongan yang memerlukan. 
  
  Kes Pinjaman Wang Melalui  Syarikat-Syarikat yang Tidak Berlesen 
  Kita seringkali juga terbaca  berita-berita di akhbar mahupun di media elektronik yang menceritakan tentang  kes-kes pinjaman duit daripada syarikat yang tidak mempunyai lessen dalam  menjalankan perniagaan mereka. Syarikat-syarikat seperti ini juga lebih  dikenali dengan nama Along. Sungguhpun menyedari bahawa meminjam wang daripada  ‘along’ ini boleh mengundang seribu satu bahaya, namun masih ada dalam kalangan  masyarakat yang tetap berani untuk menggunakan Along sebagai medium untuk  mendapatkan khidmat pinjaman wang kerana dikatakan bahawa pinjaman wang melalui  Along ini adalah lebih mudah dan kurang kerenah birokrasi. Hal ini menjadi  antara satu sebab untuk mereka tidak menggunakan perkhidmatan atau skim  pinjaman yang ditawarkan oleh bank-bank tempatan. Permasalahan dalam mencari  penjamin selain ada bank-bank yang menetapkan syarat untuk peminjam perlu  mempunyai pendapatan tetap dalam kadar yang tertentu menjadi satu halangan bagi  golongan seperti ini untuk berurus niaga dengan pihak bank. Maka, jalan mudah  yang diambil adalah dengan menggunakan perkhidmatan Along’. Tindakan seperti  ini adalah bukan tindakan yang bijak kerana kebiasaannya Along mengenakan  faedah atau kadar bunga yang begitu tinggi apatah lagi sekiranya berlaku  kelewatan dalam pembayaran semula. Pendek kata, meminjam wang daripada Along  boleh menjerat diri sendiri. 
  
  Perlu diingat, bahawa skim  pinjaman oleh bank-bank tempatan lebih selamat dan terjamin berbanding  skim-skim pinjaman yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat persendirian.  Penipuan juga lebih senang berlaku apabila kita menjalankan urusniaga dengan  syarikat-syarikat pinjaman wang yang tidak dapat dikenalpasti tentang kebenaran  dan kesahihan urus niaganya. Oleh itu, pinjaman dengan pihak bank sepatutnya  menjadi pilihan yang lebih utama berbanding skim-skim pinjaman yang lain. Satu  kes yang berlaku di Taman Perindustrian, Sri Kembangan apabila peminjam yang  gagal membayar pinjaman terhadap Along telah  dikurung dan dirantai di tempat tersebut. Perbuatan Along terhadap mangsa  dilihat satu kekejaman yang tidak seharusnya berlaku. Akan tetapi, usaha pihak  polis untuk menyelamatkan keadaan terbantut  apabila pihak mangsa enggan memberi kerjasama kepada pihak polis. Persoalan  yang timbul, mahukah kita juga menjadi mangsa Along? Jawapannya sudah tentu  tidak! Bahaya meminjam duit daripada pihak yang tidak berlesan  kerana berkemungkinan besar boleh membawa kepada jenayah lain yang lebih berat.  Maka, untuk lebih mudah dan selesa, berurus niagalah dengan mana-mana pihak  bank. Apa yang dapat kita fahami, terdapat banyak skim-skim pinjaman,  pembiayaan mahupun pelaburan yang diperkenalkan oleh pihak institusi kewangan  seperti bank-bank tempatan dan hanya terpulang kepada kita untuk memilih yang  sesuai dengan keadaan semasa kita. 
  
  Kesimpulannya, boleh dikatakan  semua bank yang berada di Malaysia ini ada menawarkan pilihan-pilihan dan  pakej-pakej pinjaman sama ada secara peribadi, perkongsian atau untuk mana-mana  pertubuhan. Ada juga skim-skim yang mempunyai pelan perlindungan insurans atau  Takaful. Hal ini dilakukan oleh pihak bank untuk menarik lebih ramai lagi  pihak-pihak yang memerlukan untuk berurus niaga dengan mereka. Pinjaman melalui  bank ini juga boleh mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak kerana  konsep pinjaman itu sendiri adalah untuk membantu mereka yang memerlukan wang  khususnya. Pinjaman perumahan yang selalu kita dengar merupakan salah satu  bentuk pinjaman yang menguntungkan kerana pihak peminjam boleh memiliki  kediaman sendiri melalui pinjaman tersebut dengan syarat-syarat yang tertentu.  Ringkasnya, pinjaman melalui bank-bank tempatan adalah jauh lebih selamat  berbanding pinjaman-pinjaman yang dilakukan dengan pihak-pihak yang tidak  diiktiraf oleh mana-mana badan kerajaan. Sebaiknya, berurus niagalah dengan  pihak bank kerana lebih dipercayai dan tidak merugikan. 
.png)
TAWARAN PINJAMAN UNTUK SEMUA (MEMOHON SEKARANG)
ReplyDeleteAdakah anda seorang ahli perniagaan atau perempuan? Adakah anda dalam mana-mana tekanan kewangan? adakah anda memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda mempunyai pendapatan yang rendah dan sukar untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank tempatan dan institusi kewangan lain? Jawapan: Di sini, Christiana Anderson Firma Pinjaman adalah jawapannya. Kami menawarkan;
a) pinjaman peribadi, pengembangan perniagaan.
b) Perniagaan Mula-up dan pendidikan.
c) penyatuan hutang.
d) Pinjaman Wang Hard.
Walau bagaimanapun, kaedah kami menawarkan kemungkinan untuk menunjukkan jumlah pinjaman yang diperlukan dan juga jangka masa yang anda mampu untuk menyelesaikan pembayaran balik pinjaman dengan kadar faedah sebanyak 2%. Ini memberikan peluang sebenar untuk mendapatkan wang yang anda perlukan anda. Calon yang berminat perlu menghubungi kami melalui: angeladavidsloan@gmail.com