Open top menu
Friday 27 December 2013
Monday 18 November 2013
ITE 16 November 2013 - Inovasi dan Kreativiti




Aktiviti berkumpulan di adakan bagi mencetus idea inovasi dan kreativiti di dalam bidang keusahawanan. Barang utama yang telah dipilih ialah Spring Toys dan barang pilihan lain ialah botol air. Bagi menghasilkan inovasi, masalah, keperluan dan juga peluang dikenalpasti bagi menghasilkan produk yang boleh dijual di pasaran. Setelah berbincang, kumpulan pengguna yang akan disasarkan adalah kepada golongan kanak-kanak yang berumur lingkungan 5-12 tahun.

Antara keperluan dan peluang-peluang yang dikenalpasti  adalah :

Setelah berhempas pulas mencari idea terbaik, akhirnya terciptalah inovasi produk yang diberi nama Aero Fancy Drink Bottle.

Aero Fancy Drink Bottle

Barang-barang yang diperlukan untuk inovasi

Tekun menyiapkan hasil idea kumpulan


Tadaaaa...akhirnya Aero Fancy Drink Bottle hasil kerja berkumpulan sudah siap

Berikut merupakan ciri-ciri pada produk (Faedah dan Kelebihan) yang telah dihasilkan:

1. Menggunakan barangan sedia ada yang diubahsuai agar menjadi lebih menarik.
2. Kos barangan yang murah dan mudah di jual di pasaran dengan harga mampu beli.
3. Menarik perhatian kanak-kanak dengan warna yang pelbagai.
4. Barangan dwi fungsi iaitu botol air dan permainan berbentuk kapal terbang.
5. Ringan dan mudah di bawa ke mana-mana.

Strategi Pasaran yang bakal dilaksanakan :
1. Akan dijual di kawasan-kawasan tumpuan pelancong (dalam dan luar negara)
2. Dijual secara dalam talian (blog / rangkaian sosial )


Ciri-ciri komersial produk serta keboleharapan :
1. Berbentuk seni inovasi iaitu barangan permainan seperti toy spring dan juga barangan kegunaaan botol air     diubahsuai menjadi botol air permainan yang menarik.
2. Dwi Fungsi permainan dan juga botol air
3. Mudah dan murah untuk dijual

Business Model :

Video berikut merupakan pembentangan bagi menerangkan hasil produk :






Baca Selanjutnya